Monday, April 4, 2011

Laporan preview kelas Arabic semalam di Masjid Putra

Ya, semalam saya hadiri kelas preview tersebut. Wah, tak sangka ramai sungguh peminat kelas bahasa Arab yg datang, agaknya aseramai 160 orang. Saya jumpa Cik Hamidah MOA dan Ju.

Komen saya, agak bagus pendekatan Us Nasharuddin ni. Orangnya juga pandai mengajar, kelakar juga dan jelas pendekatannya. Beliau kata dlm 5 bulan, boleh baca Al Quran dan faham tanpa baca terjemahannnya.

Bayaran sebulan RM100 aje, dengan yuran pendaftaran RM100 lagi.
Kelas 2x seminggu, setiap malam hari Selasa dan Khamis, jam 8.45 selepas sholat Isya'.
Jumpa anda di sana!!!!

Kelas preview Arabic di Masjid Putra, Putrajaya

Tadi, Pn Siti Radziah, kawan bahasa Arab saya share info dengan saya fasal kelas Bhs Arabic kendalian Ust Nasharuddin, IKIM . Dia bagi no tepon 019 3755578. Bila saya called, memang , pembantunya beritahu malam ni ada preview class jam 8.30 mlm . Kelas dia dianjurkan 2x seminggu, Selasa dan Khamis, selama pakej 8 bulan.

InsyaAllah, saya akan pi, bagi pihak Pn Siti juga.

Ust ini memamng selalu muncul setiap Rabu malam di radio IKIM. Tapi, program ni, bukan IKIM punye, dia sendiri punye.

Saturday, April 2, 2011

Sambung lagi di Bangi pula

Setelah beberapa bulan kelas Arabic saya yg dulu (di KL) terhenti, Alhamdulillah saya diberi rezeki lagi dalam pembelajaran kelas Arabic AlQuran ini di Bdr Baru Bangi, Seksyen 9. Pengajarnya seorang Ustaz dari Indonesia yg sedang membuat PhD di Ukm, namanya Ust Mohd Roshad, berumur 31 anak 3. Saya suka cara dan kaedah pengajaran yg dibawa oleh beliau, thank you Ustaz.

Saya juga berkesempatan berbual pjg juga degn Ustaz dan sempat menunjukkan bbrp app dari Ipad. Dan juga video dr metode granada.

Monday, June 28, 2010

Jumpa dengan Ustaz Azam

Ustaz Azam juga mengajar Bhs Arab di Bdr Baru Bangi. Dia pernah tinggal lebih 8 tahun di Yaman. Bila saya berbual dengannya secara kebetulan singgah di situ (servis kereta dan selepas beli kitab agama di kedai bawah), di Pusat itu ada banyak bentuk kelas bahasa Arab, dan salah satunya Kelas Bhs Arab yg memfkuskan kpd Al Quran yg akan bermula Hari Sabtu, 3hb Julai 2010 ni,  2 kali sebulan pada setiap Sabtu (2 jam, 2.00 - 4.00pm)

Friday, June 4, 2010

Semalam saya ada call bbrp orang

...termasuklah En. Din Derahman yg akan menganjurkan kelas Bhs Arab di Putrajaya minggu depan, 19hb Jun 2010. Dia plan nak buat di masjid either Masjid Putra or Masjid Besi.

Byrnnya adalah RM480 dan ini termasuk kelas selama 30 jam setiap minggu hari Sabtu dan Ahad, jam 8.30 pagi - 11.30 tengahari (3 jam). Ini menjadikan 5 minggu sudah settle. Dan yg menarik anda akan dapat access percuma bahan-bahan melalaui laman webnya (anda akan diberi password login) selama 6 bulan aje. Jika nak langgan web shj pun boleh, bayarannya RM150.

Ada minat, fikirkanlah dulu. Saya pun tengah berfikir juga ni....
Mahukan link dia , sekejap ye , saya pastekan...http://www.bahasaarab.net/?mid=program_banet

No. tepon En Din Derahman :013-368 5157

Dan saya juga ada jumpa byk blog Arabic yg lain , dan saya kumpulkan dlm Jadual di bawah, sila klik no...

1. Web, Indon, Rafdian Rasyid
السلام عليكم Setelah lulus kuliah di bidang IT, saya masih buta dalam hal bahasa Arab tulisan (khususnya bahasa Arab Al-Quran). ---http://arabquran.blogspot.com/2005/08/if-you-want-to-be-in-spotlight-be.html

Wednesday, June 2, 2010

Semalam saya start balik belajar Arabic

Semalam 2 Jun 2010. Saya yg organise penganjuran kelas ni, cikgunya Ustaz Rahimi di rumahnya di AU2 di KL. Sekali seminggu, malam Rabu jam 8.30 - 10.30.

Ustaz Rahimi pernah tinggal/belajar di Mesir lebih 10 tahun, jadi pengalamannya banyak, boleh membantu....

Saya suka sangat...